Kempen Waqaf Pam Air ini bertujuan untuk membantu masyarakat muslim di Bangladesh bertujuan mendapatkan sumber air yang bersih untuk kehidupan seharian. Menurut badan pemerhati hak asasi manusia, hampir 43,000 masyarakat Bangladesh mati kerana minum air dari sungai dan sumber air yang dicemari arsenik. Air yang dicemari itu juga mengakibatkan pelbagai penyakit, antaranya kanser hati, buah pinggang, pundi kencing dan kulit. Justeru, jom sama-sama kita bantu bina unit pam air buat mereka agar mereka dapat minum air yang bersih. Air yang bersih juga memudahkan mereka untuk melaksanakan ibadah harian.
Tarikh Tutup : 25 Julai 2024
Kempen Waqaf Al-Quran ini adalah satu inisiatif untuk memberikan Al Quran kepada Pusat Pengajian Al Quran, masjid, surau, rumah anak yatim, sekolah agama, institusi awam dan swasta serta mereka yang memerlukan.