
_edited.jpg)
3H2M WISATA Bersama iQueSt
​
Tarikh: 22 – 24 Disember 2025 (Isnin – Rabu)
Harga Pakej: $275 seorang
​
Tentang Program
Jom sertai perjalanan menimba ilmu dan ukhuwah bersama iQueSt! Selami keindahan Putrajaya, Selangor, dan Kuala Lumpur melalui lawatan yang bukan sekadar santai, tetapi juga menghubungkan hati dengan nilai spiritual — dari mengenali seni pencetakan Al-Quran hingga menziarahi masjid-masjid terkenal di Malaysia.
​
Tarikan Utama
✔ Kompleks Nasyrul Quran
✔ Hotel buffet dinner pada malam pertama
✔ Masjid Tuanku Mizan
✔ Masjid Putra
✔ Masjid Jamek Cina Muslim Klang
✔ Makmal Quran Isyarat & Makmal Quran Braille di USIM
✔ IOI City Mall
✔ Central Market
​
Aturcara Perjalanan
Day 1: SINGAPURA – PUTRAJAYA – SELANGOR
-
Perjalanan bermula dari Singapura melalui 2nd Link ke Malaysia. Rombongan akan berhenti sebentar di R&R untuk berehat / sarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Putrajaya. Lawatan pertama ialah ke Kompleks Nasyrul Quran, untuk memahami serta menyaksikan proses pencetakan Al-Quran terbesar di Asia. Para peserta akan kemudian check-in ke hotel Tenera Hotel & Suite. Pada sebelah malam, semua dijemput menikmati buffet dinner di hotel — masa yang sesuai untuk berkenalan dan mengeratkan ukhuwah bersama ahli rombongan iQueSt.
​
Day 2: PUTRAJAYA – SELANGOR
-
Selepas bersarapan di hotel, rombongan akan meneruskan lawatan ke pejabat Yayasan Al-Baghdadi bagi mengenali dengan lebih dekat inisiatif sumbangan yang dijalankan, khususnya projek Infaq Al-Quran antara hasil kerjasama bersama centre kami. Seterusnya, ziarah ke dua masjid utama di Putrajaya — Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) dan Masjid Putra, kedua-duanya tersergam indah di tepi Tasik Putrajaya. Kemudian, para peserta berpeluang menikmati masa santai dan membeli-belah di IOI City Mall.
-
Makan tengah hari dan makan malam pada hari ini adalah atas perbelanjaan sendiri.
-
​
Day 3: KUALA LUMPUR – KLANG – SINGAPURA
-
Selepas sarapan dan check-out dari hotel, rombongan akan menuju ke Masjid Jamek Cina Muslim Klang — satu-satunya masjid di Selangor yang menampilkan seni bina Cina, diinspirasikan daripada Masjid Agung Xi’an di China, dan dibuka secara rasmi pada Ogos 2024. Seterusnya, rombongan akan singgah di Central Market untuk membeli-belah dan menikmati makan tengah hari (atas perbelanjaan sendiri). Perjalanan diteruskan ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi melawat dua makmal khas yang membantu pelbagai golongan mendekati dan mempelajari Al-Quran — Makmal Quran Isyarat dan Makmal Quran Braille. Setelah selesai, rombongan akan bertolak pulang ke Singapura, menandakan tamatnya perjalanan penuh makna ini, inshaAllah.
​
Aturcara perjalanan mungkin berubah mengikut keadaan semasa.
​
Semoga perjalanan ini diberkati Allah SWT, diberi keselamatan sepanjang jalan, dipenuhi dengan ilmu yang bermanfaat, ukhuwah yang berpanjangan, serta menjadi salah satu wasilah untuk kita lebih dekat kepada-Nya. Aamiin.
Tarikh Tutup: 28 November 2025
.png)