
OUR UPCOMING CLASSES
Sah ke Solatku
[Panduan Solat Lengkap]
Program ini bertujuan membimbing peserta memahami dan melaksanakan solat dengan betul. Bermula dengan pengenalan kepentingan solat, peserta akan dipandu melalui persediaan sebelum solat, penguasaan ilmu asas, serta latihan praktikal meliputi setiap rukun dan gerakan. Ia turut merangkumi panduan lengkap solat fardu, solat Qasar dan Jamak, solat Jumaat, serta zikir dan doa selepas solat bagi memperkukuh kefahaman dan amalan harian.

Lvl 1: ASAS
Khusyuk ke Solatku
[Langkah-langkah Menuju Khusyuk Dalam Solat]
Program ini bertujuan membimbing peserta untuk memahami dan menghayati konsep khusyuk dalam solat secara menyeluruh. Bermula dengan pengenalan makna sebenar khusyuk, peserta akan dibimbing melalui kepentingannya dalam kehidupan seorang Muslim, halangan-halangan yang perlu diatasi, serta kaedah praktikal untuk mencapainya.
Butiran Kelas:
▪ Setiap Hari Rabu
▪ 8:00 pm – 9:30 pm
▪ iQueSt @ Sembawang
2 Gambas Crescent, Nordcom 2 Tower 2, #07-35 (Lift Lobby 2), Singapore 757044
Yuran:
▪ $55/bulan
▪ Khas untuk pelajar NQLC: $45/bulan

Lvl 2: LANJUTAN
Dibimbing oleh Ustaz Junaidy
Kelas Tadabbur
Menghayati Al-Quran
Kelas ini menggunakan Kitab Tafsir Munir sebagai rujukan utama, dengan fokus memahami ayat-ayat Al-Quran secara mendalam dan berperingkat. Kupasan merangkumi tema dan pembahagian surah, sebab-sebab turunnya ayat, pengajaran serta pedoman hidup, peringatan azab, berita gembira, hukum-hakam, akidah, dan nilai-nilai kehidupan. Pembelajaran bermula dengan Juz 30 bagi membantu pelajar mendekati Al-Quran dengan kefahaman dan penghayatan yang lebih bermakna.
Butiran Kelas:
▪ Setiap Hari Selasa
▪ 08:00 pm – 09:30 pm
▪ iQueSt @ Sembawang
2 Gambas Crescent, Nordcom 2 Tower 2, #07-35 (Lift Lobby 2), Singapore 757044
Yuran:
▪ $110/bulan
▪ Khas untuk pelajar NQLC: $100/bulan

Dibimbing oleh Ustaz Junaidy
Kelas Fardhu Ain
[Berpandukan Buku Sendi Agama]
Program ini menggunakan sebuah buku rujukan yang menghimpunkan tiga bahagian utama dalam pelajaran Syariat Islam. Ia bertujuan membantu pelajar memahami perkara-perkara asas yang wajib diketahui berkaitan rukun Iman, Islam dan Ihsan.
Melalui susunan pembelajaran yang teratur dan mudah diikuti, kelas ini membimbing pelajar menguasai ilmu secara bertahap serta mengaitkannya dengan pengamalan dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim.
Butiran Kelas:
▪ Setiap Hari Sabtu
▪ 11:15 am – 12:45 pm
▪ iQueSt @ Yishun
Blk 106 Yishun Ring Road, #02-197, Singapore 760106
Yuran:
▪ $55/bulan
▪ Khas untuk pelajar NQLC: $40/bulan

Dibimbing oleh:
Ustaz Muhammad Fadhil
Basic Quran Recitation Class
— May 2026 Intake
Begin a blessed step towards the Qur’an.
Strengthen your foundations, refine your recitation, and grow closer to the words of Allah SWT through a structured and supportive learning environment.
Class Schedule
📍 Yishun
-
Thursday @ 10 AM
-
Start Date: 07 May 2026
-
📍 Sembawang
-
Friday @ 8 PM
-
Start Date: 08 May 2026
-
-
Sunday @ 2 PM
-
Start Date: 03 May 2026
-
Enroll now and begin a meaningful journey of Qur’anic learning.

Bengkel Asmaul Husna
[Siri Kedua]
Ramadan telah pergi, meninggalkan rasa rindu di hati…
Aidiladha pula hadir membawa makna pengorbanan yang mendalam…
Namun di antara semua itu, satu perjalanan tetap berterusan—perjalanan mengenal Allah s.w.t.
Bagi jiwa yang sedang belajar Al-Quran, yang ingin terus mendekatkan hati kepada-Nya…
Jom teruskan langkah ini dalam Bengkel Asmaul Husna (Siri Kedua).
Moga setiap nama-Nya bukan sekadar difahami, tetapi dirasai dalam hati.
Butiran:
▪ 09 Mei 2026, Sabtu
▪ 09:00 am – 01:00 pm
▪ iQueSt @ Sembawang
2 Gambas Crescent, Nordcom 2 Tower 2, #07-35 (Lift Lobby 2), Singapore 757044
Yuran:
▪ $40/pax
.png)