top of page
Search

Pengetahuan Islam: Korban

Updated: May 26, 2022


Pada setiap helai bulunya itu, kita akan memperoleh satu kebaikan. (HR Ahmad dan Ibnu Majah)

Daripada dapatan kami dalam mengendalikan korban setiap tahun, purata dalam 10% sahaja yang melaksanakan ibadah korban, sedangkan ibadah yang paling afdhal untuk dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha adalah dengan menumpahkan darah korban. Namun, masih ramai di luar sana yang tidak ambil tahu tentang kelebihan kita berkorban.

Ibadah korban merupakan satu ibadah yang dilaksanakan pada setiap tahun oleh orang Islam yang berkemampuan sebagai salah satu cara menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT.

Dari segi syarak, korban bererti mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan cara menyembelih haiwan tertentu dengan niat yang tertentu pada waktu yang tertentu.

Haiwan yang dibolehkan untuk dijadikan korban ialah haiwan ternakan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri. Ibadah ini dilakukan pada tarikh-tarikh tertentu pada setiap tahun iaitu pada 10 Zulhijah, sebaik-baik sahaja selesai solat Hari Raya Aidiladha sehingga tiga hari berikutnya iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah yang dikenali juga sebagai hari-hari Tasyrik.

Amalan ibadah korban mengikuti perbuatan Nabi Ibrahim a.s. yang telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s., dan di atas ketaatannya pada perintah Allah SWT itu lalu Allah SWT menggantikannya dengan meminta Nabi Ibrahim a.s. menyembelih seekor kambing biri-biri. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah SWT dalam surah as-Soffaat (37), ayat 106-107:
Ertinya: "Sesungguhnya ini adalah satu cubaan yang nyata, Dan kami tebus anak itu (Nabi Ismail a.s.) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar."

Menurut Mazhab Syafi'e, ibadah korban disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluannya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyriq termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji. Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah korban. Namun, korban akan menjadi wajib sekiranya seseorang itu bernazar.

Berikut adalah syarat sah melakukan korban:
Syarat sah haiwan yang akan dikorbankan adalah:
1) Haiwan itu hendaklah merupakan haiwan ternakan (al-an'am) seperti kambing, biri-biri, kibas, lembu atau unta. Kambing dan biri-biri dikorbankan atas nama seorang, manakala lembu dan unta atas nama tujuh orang.
2) Tidak terdapat sebarang kecacatan zahir pada haiwan itu seperti buta, tempang atau sedang sakit.
3) Haiwan itu cukup umur.
4) Berniat sembelih korban kerana Allah SWT.
5) Melakukan sembelihan pada waktunya (hari raya atau hari-hari tasyrik); masuk waktunya selepas solat sunat hari raya dan berakhir sebelum terbenam matahari 13 Zulhijah.
6) Disembelih oleh orang Islam.

Perkara sunat ketika menyembelih haiwan korban adalah:
1) Membaca tasmiyah 'Bismillahirrahmanirrahim'.
2) Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
3) Menghadapkan haiwan itu ke arah kiblat di atas rusuk kirinya.
4) Bertakbir sebelum membaca Bismillah dan selepasnya.
5) Membaca doa; maksudnya: "Ini islah nikmat daripada-Mu dan aku mendekatkan diri kepada-Mu dengannya."
6) Sebaik-baiknya ibadah korban dilaksanakan sendiri oleh orang yang ingin berkorban tetapi harus juga diwakilkan kepada orang lain.

Selain melahirkan kesyukuran, ibadah ini juga bertujuan untuk mengongsi nikmat yang diberikan oleh Allah SWT dengan golongan fakir miskin dan juga dengan ahli keluarga. Maka, terdapat tiga cara membahagi daging korban, iaitu:
1) Membahagikan kesemua daging sembelihan korban kepada fakir miskin sementara yang berkorban hanya makan limpa dan hatinya. Ini adalah cara yang paling afdhal.
2) Membahagikan daging korban kepada tiga bahagian iaitu sepertiga untuk fakir miskin, sepertiga lagi untuk saudara mara atau kenalan dan sepertiga lagi untuk ahli keluarga yang melaksanakan korban.
3) Jika korban itu dilakukan atas dasar nazar, maka wajib disedekahkan semua bahagian kepada fakir miskin.

Melaksanakan ibadah korban ada banyak hikmahnya seperti memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyahut perintah Allah SWT untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s. dan melahirkan tanda syukur kepada Allah SWT terhadap nikmat yang melimpah-ruah kepada kita dengan mengorbankan sedikit harta dan mengongsi korban itu dengan golongan fakir miskin.

Dengan itu, kami di iQueSt Learning Centre, sentiasa berusaha untuk mengajak lebih ramai orang Islam melaksanakan ibadah agung ini dan meraih pahala serta kelebihan di Hari Raya Aidiladha. Melaksanakan ibadah korban bukan untuk menunjuk kekayaan tetapi sebagai tanda syukur kepada Allah SWT. Jom laksanakan ibadah korban sebagai tanda syukur dan kecintaan kepada Rabbul Jalil.

Klik sini untuk berkorban bersama kami 👇

Rujukan dari Pengetahuan Islam, Akhlak & Fiqh (Buku Teks Menengah Empat)
©️ 2021 Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Persatuan Ulama Dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS)

 
 
 

7 Comments


This post shares a strong emotional message that makes you reflect on life challenges and human strength. I remember reading similar topics during stressful academic periods when I felt overwhelmed with deadlines. At that time, I had to rely on Programming assignment help online to complete a difficult programming task. It gave me breathing space to focus on understanding concepts rather than rushing through pressure. nice post

Like

I like how the post shares a deep message about victims and challenges, showing how people can reflect and grow stronger through difficult situations. When I was studying this topic, I searched for business surety bond Texas and checked Alpa Insurance while learning that bonds help guarantee a business follows rules and covers losses if obligations are not met

Like

The post reflects on “korban” as a theme of sacrifice, pain, and meaning in human experiences, showing how people cope with suffering and loss. I once felt overwhelmed during exams and searched Houston motorcycle insurance cheap from Alpa Insurance while trying to stay organized. It made me think how even small planning can reduce stress in difficult moments.


Like

The post “Korban” feels deep and emotional, showing how a victim’s experience can reflect pain, silence, and hidden struggles in society. I remember reading a similar story in class and feeling uneasy about how truth is often ignored. During that time I used network security assignment help while handling studies, which made me reflect more on protection and awareness. It reminds me that every voice deserves to be heard and understood.

Like

Setiap siswa memiliki gaya belajar yang berbeda, dan materi ipa kelas 8 hadir dengan materi yang fleksibel agar proses belajar dapat berlangsung lebih efektif dan sesuai dengan ritme masing-masing.

Like
bottom of page