
OUR UPCOMING CLASSES
Ulum Al-Quran
Al-Quran bukan sekadar kitab yang dibaca, malah merupakan panduan hidup yang perlu difahami. Program Ulum Al-Quran (I) direka khas untuk pelajar dewasa yang ingin membina asas yang kukuh dalam memahami ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran secara tersusun, mudah difahami dan berpandukan sumber yang sahih.
Para peserta akan mempelajari pengenalan kepada Ulum Al-Quran, termasuk pengertian Ulum Al-Quran, sejarah penurunan wahyu, proses pemeliharaan Al-Quran serta kepentingan mempelajari ilmu ini dalam memahami dan menghayati Al-Quran dengan lebih mendalam.
Pembelajaran dijalankan dalam suasana yang santai, interaktif dan mesra melalui sesi penerangan, perbincangan serta soal jawab. Program ini sesuai untuk sesiapa yang ingin memulakan pengajian Ulum Al-Quran dari peringkat asas, tanpa memerlukan sebarang pengetahuan atau latar belakang pengajian Islam.
Sesuai Untuk Anda Yang...
✓ Ingin mengenali Al-Quran dengan lebih mendalam
✓ Baru ingin memulakan pengajian Ulum Al-Quran
✓ Mahu belajar dalam suasana yang santai dan interaktif
✓ Mencari kelas yang tidak berasaskan peperiksaan
Butiran Kelas:
▪ Setiap Hari Sabtu
▪ 11:00 am – 01:00 pm
▪ iQueSt @ Sembawang
2 Gambas Crescent, Nordcom 2 Tower 2, #07-35 (Lift Lobby 2), Singapore 757044
Yuran:
▪ $75/bulan
.png)




